
KEMPEN JOM VAKSIN ANJURAN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
Berikutan dari pengumunan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin mengenai lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang akan dilaksanakan bermula pada 12 Mei 2021, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah melancarkan Kempen Jom Vaksin ISMA bagi menjalankan beberapa program dan aktiviti yang memberi kesedaran mengenai kepentingan mengambil vaksin kepada rakyat Malaysia dengen bertemakan “IMUNITI MELINDUNGI KOMUNITI”.
Antara aktiviti Kempen Jom Vaksin ISMA ini ialah:
1. Melawan dakyah antivaksin melalui penerangan video dan penulisan di media sosial, platfom aplikasi pesanan segera seperti Whatapp dan Telegram.
2. Sesi penerangan live di Facebook, Instagram dan YouTube dengan menampilkan tokoh-tokoh yang berkemahiran dan berpengalaman dalam sektor perkhidmatan kesihatan serta agensi yang bertauliah seperti I-Medik, I-Guru dan banyak lagi.
3. Membantu proses pendaftaran vaksin dan menghantar warga memerlukan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.
Berikutan dari pelancaran kempen ini, Relawan Muda ISMA (RMI) yang juga merupakan Agensi Basmi COVID-19 (ABC-19) lantikan NADMA melalui program jangkauan telah merencana dan menjalankan beberapa siri aktiviti seperti Kempen Daftar Vaksin, Pusat Pemberian Vaksin Mudah Alih (PPV Mobile) dan Sumbangan peralatan dan keperluan ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD).
Jika anda ingin menyetai aktiviti yang kami anjurkan dari masa ke semasa, bolehlah berbuat demikian melalui saluran dibawah: