Assalamualaikum w.b.t kepada penggunjung laman Relawan Muda ISMA semua.
Saya Budiman, rakan prihatin anda. Adakah anda sedang mencari jawapan kepada soalan-soalan di bawah?
1. Adakah anda seorang pemuda berbakat dan berkemahiran yang berminat dengan aktiviti kesukarelawanan?
2. Adakah anda ingin membuat kebaikan kepada masyarakat di sekitar kawasan anda?
3. Adakah anda mempunyai masa lapang dan ingin penuhinya dengan aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat?
Saya sedia memberi ruang dan peluang kepada anda untuk mencari jawapan dari persoalan diatas dengan mengajak anda untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan kami. Sebelum anda mendaftar, suka saya menjelaskan jenis-jenis keahlian yang terdapat dalam Kempen Keahlian kami;
1. Skuad Rakan Relawan Muda ISMA
Skuad Rakan Relawan Muda ISMA adalah jenis keahlian umum dimana mereka boleh mengakses dan mengikuti aktiviti kesukarelawan yang bersifat umum.
2. Skuad Setia Relawan Muda ISMA
Skuad Setia Relawan Muda ISMA adalah jenis keahlian yang mendapat akses kepada program latihan dan bimbingan kepimpinan, kemahiran, kerohonian dan banyak lagi dimana setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 30 bagi tahun pertama dan memperbaharui keahliannya dengan membayar RM 10 pada tahun seterusnya.
3. Skuad Elit Relawan Muda ISMA
Skuad Elit Relawan Muda ISMA adalah jenis keahlian yang diberi kepercayaan oleh Koordonator Relawan Muda untuk mengetuai misi-misi kemanusiaan dan khidmat masyarakat. Mereka akan mendapat akses kepada 2 fasiliti teras ARMI iaitu Projek Bina Jiwa dan Projek Budiman. Keahlian ini menuntut anda untuk mendaftar keahlian seumur hidup dengan yuran sebanyak RM 100.
Antara kelebihan menjadi ahli sukarelawan kami;
1. Mendapat akses kepada program sukarelawan berkala di 51 cawangan kami yang terletak di lokasi berbeza di seluruh Malaysia.
2. Mempunyai sistem latihan dalaman bagi membentuk kemahiran kepimpinan, pengurusan projek sukarelawan, bantuan pendanaan dari pelbagai rakan strategik berlatar belakangkan institusi koperat dan paling penting dapat mengikuti latihan dan program kerohanian (Bina Jiwa Budiman) secara berkala.
3. Mempunyai sistem hierarki (pangkat) bagi menjalankan aktiviti yang kompleks dan teratur dan ianya boleh diwariskan kepada mereka yang berkebolehan.
4. Mempunyai sistem bantuan rundingan bagi membantu dalam anda dalam menjadi seorang tokoh kesukarelawanan.
Jadi, jika anda berminat, jangan berlengah lagi. Jom daftar sekarang.
