fbpx

Saya membawa lima orang pelajar MRSM Kota Putra berusia 17 tahun ke Misi Bantuan Banjir di Rantau Panjang. Saya ambil mereka dari kawasan yang berbeza-beza, iaitu Kuala Krai, Peringat, Besut, Pasir Mas dan Wakaf Bharu.
Salah seoarang bapa mereka berkata:
“Terima kasih cikgu. Bagus libatkan anak saya kerana banyak habiskan masa main game 24 jam. Online 24 jam.”
Latar belakang mereka berbeza-beza, ada yang Ketua Badar, Presiden Koperasi, Badan Wakil Pelajar dan ada yang pelajar biasa. Mereka teruja kerana hampir semua mereka inilah kali pertama menyertai program begini.
Sajalah saya tanya, syok tak join program gini?
“Seronok sebab dapat pengalaman baru dan dapat bantu orang.”
“Boleh join lagi akan datang. Bila ada lagi cikgu?” Saya jawab tunggulah banjir lagi.
“Saya berpandangan program kesukarelawanan antara wadah yang praktikal untuk memupuk jati diri dan identiti seseorang.”
Saya sengaja tawarkan kepada pelajar yang sedang bercuti sekolah kerana saya nak mereka belajar benda baharu, tengok dunia luar dan rasakan kesusahan apa yang orang rasa.
Selain itu saya mahu pelajar saya bukan sahaja pandai dalam akademik semata-mata tetapi belajar juga ilmu2 lain seperti komunikasi dan kemasyarakatan. Ilmu tersebut penting setelah tamat sekolah nanti.
Setakat ini sahaja coretan yang ada.
Semoga berjumpa lagi dalam misi-misi yang akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top