
Ibarat diberikan nyawa kedua selepas bangun daripada KOMA selama 2 minggu, Bro Awal nekad menyerahkan hidupnya untuk kerja-kerja sukarelawan.
Sedikit perkongsian pengalaman malam tadi membuka perspektif baru tentang kehidupan.

Hidup hanya untuk berbakti kepada orang lain, bukanlah satu perkerjaan yang mudah, tetapi ia satu pekerjaan yang penuh dengan pengajaran.
Kita memahami erti Bersyukur, Tanggungjawab, Kerjasama, Silaturahim & makna sebenar berserah diri secara total kepada Allah SWT. Satu nikmat yang tidak semua orang dapat, tak semua hargai.

Kepuasan melihat wajah-wajah mangsa kembali tersenyum, serta kilauan harapan dimata mereka kembali bersinar, membuatkan sukarelawan ini, KETAGIH untuk menabur bakti, lagi & lagi.
Kita doakan Allah SWT sentiasa memelihara jiwa-jiwa sukarelawan ini, moga pahala amal jariah mereka sentiasa mengalir tak putus-putus sampai bila-bila. Insyallah.