Perkembangan terkini bantuan baik pulih Masjid Kg Padang Setar, Kuala Berang.
Alhamdulillah, berkat dari sumbangan tuan puan yang budiman maka RMI telah berjaya dapatkan 1 set penuh sistem pembesar suara untuk masjid tersebut.
Pagi ini kita sedang uruskan pemasangan sistem pembesar suara tersebut termasuk 2 unit speaker besar di luar masjid.
Moga laungan azan akan kembali bergema dengan kuat di kampung tersebut bagi menyeru ahli kariah mengimarahkan Masjid Kg Padang Setar.
Pahala mengalir insyaAllah buat para penyumbang di hari yang penuh barokah, Jumaat yang mulia.
———————————————————————
Kami masih membuka tabung bantuan untuk masjid tersebut.
Kita sedang usahakan;
a. 50 unit mushaf Al-Quran berjumlah RM1,500.
b. pemasangan karpet kekal yang baru berjumlah RM30,000.
Klik butang di bawah untuk menyumbang
KLIK > https://ezy.la/BantuBaikPulihMasjid