fbpx
Cabaran membesarkan 2 orang anak-anak istimewa. Hairi dengan Cerebral Palsy, manakala Yaya pula Autisme.

Kesedihan seorang ibu yang diberi cabaran dan dugaan yang amat luar biasa.

Pelbagai ujian dihadapinya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), disamping cabaran sedia ada dengan membesarkan 2 orang anak-anak istimewa. Hairi dengan Cerebral Palsy, manakala Yaya pula Autisme.

Kami amat tersentuh dengan permintaan adik Hairi yang dah lama tak merasai makanan kegemarannya iaitu ayam KFC. Terus tim Relawan Muda ISMA (RMI) bergegas ke KFC Gemas untuk menunaikan hajat adik Hairi.

Bau semerbak ayam KFC memenuhi segenap ruang kereta kami dalam perjalanan kembali ke rumah mereka. Sampai sahaja di rumah mereka, kami terus menyerahkan bungkusan ayam KFC tersebut.

Senyum sampai ke telinga adik Hairi dan kakaknya, Yaya yang baru balik dari sekolah. Sempat kami beri duit raya kepada mereka sekeluarga.

Sebelum berangkat pulang, adik Hairi menangis meminta kami supaya jangan pergi.

“Abang! Jangan pergi….”.

Berulang kali dilaung-laung rintihan si Hairi. Sebak kami melihatnya.

Namun, dengan berat hati, terpaksa juga kami beransur pulang.

Moga dengan sedikit pemberian ini , dapat melupakan sebentar ujian dihadapi oleh mereka.

Bayangkan betapa besarnya pahala & barokah bagi mereka yang bersedekah walaupun sedikit, dapat meringankan beban oleh mereka.

Seterusnya kami menziarahi encik Jamal yang tinggal di kawasan yang berdekatan. Beliau diduga dengan penyakit strok. Pek Prihatin Ramadan kami serahkan kepada keluarga beliau.

Moga dapat juga membantu meringankan beban mereka.

Kami sempat titipkan doa agar beliau dapat sembuh seperti sediakala dan kembali bekerja.

Insha-Allah, tim Relawan Muda ISMA akan terus membanting tulang dan kudrat untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Teruskan menyumbang untuk membela nasib mereka yang kurang bernasib baik. Untuk menyumbang kepada kempen Prihatin Ramadan ini, boleh salurkan kepada :

PERSATUAN SUKARELAWAN ISMA

8604718222 (CIMB)

Rujukan: prihatin.ramadan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top