
Alhamdulillah ala kulli hal…
Segala puji bagi Allah, di pengakhiran Ramadan ini, kami di Relawan Muda Isma ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah menginfakkan sumbangan kepada kami untuk menjayakan program Pek Iftar Anak-anak Yatim yang bermula pada 12 April dan berakhir pada 25 April 2022.
Lebih kurang 500 orang anak-anak yatim dan asnaf dari 11 buah rumah-rumah anak yatim dapat merasai pemberian Pek Iftar hasil sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan.
Senarai rumah-rumah anak yatim adalah seperti berikut:
1. Baitul Ikhlas, Perak (12 April 2022)
2. Rumah Anak Kesayanganku, Bukit Beruntung, Selangor (13 April 2022)
3. Dar Asnaf al-Fateh al-Idrisiyah, Ulu Yam, Selangor. (13 April 2022)
4. Asrama Anak Yatim Sekendi, Sekinchan, Selangor (16 April 2022)
5. Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Kuala Lumpur (16 April 2022)
6. Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Subang Jaya, Selangor (17 April 2022)
7. Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Anak-anak yatim Miskin Selangor, Cheras, Selangor. (18 April 2022)
8. Pusat Anak Yatim Ukhuwah, Sungai Besar, Selangor. (21 April 2022)
9. Rumah Amal Budi Bistari, Shah Alam, Selangor. (21 April 2022)
10. Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor. (24 April 2022)
11. Rumah Bakti Nur Ain, Bangi, Selangor. (25 April 2022)
Terima kasih kepada para penyumbang kerana menjayakan projek Prihatin Ramadan pada tahun ini.
Moga Allah menerima segala amal ibadah anda semua & memberi pelepasan daripada azab api Neraka, insha-Allah.
Moga Allah pertemukan kita dengan malam Lailatul Qadr dalam masa yang hanya berbaki beberapa hari lagi di bulan Ramadan ini.
Doakan juga semoga Allah permudahkan urusan kami pada hari ini. Insya-Allah.

TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG