
Alhamdulillah hampir 50 orang Relawan Muda ISMA bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Kg Sadek, Baling, Kedah.
Sehari suntuk bermain dengan lumpur benar-benar menguji ketahanan para relawan.
Alhamdulillah menjelang senja, rumah berjaya dibersihkan.
Barangan perabot yang rosak semuanya telah dikeluarkan untuk dilupuskan.
Tuan rumah, mangsa banjir tersenyum lebar.
Diduga ujian yang berat, mujur anak-anak muda ini datang membantu.
Terima kasih kepada para relawan yang datang dari segenap pelusuk negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Moga Allah ganjarkan pahala sebanyaknya kepada kalian.
Kita bantu mudahkan urusan orang lain, nanti Allah bantu mudahkan pula urusan kita.
InsyaAllah
Bantuan seterusnya akan kami susun selepas Aidil Adha.
Antaranya Skuad Baik Pulih KOMTECH.

Jika ada kalangan anda yang perlukan bantuan di Baling, Kedah.
Boleh maklumkan kami.
Kami bantu InsyaAllah
==================================
Jom bantu mangsa banjir
“𝘽𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙠𝙚𝙨𝙪𝙡𝙞𝙩𝙖𝙣, 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙞 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙖𝙩.”
(𝙍𝙞𝙬𝙖𝙮𝙖𝙩 𝙄𝙗𝙣𝙪 𝙈𝙖𝙟𝙖𝙝)
Jom bersama kami kita bantu mangsa banjir yang dalam kesusahan.
Klik butang di bawah untuk menyumbang