fbpx

Misi Bantuan Mangsa Banjir – 6 Hari Sukarelawan RMI ‘berkampung’ di Batu Pahat

12 buah rumah telah team kami bersihkan sepanjang misi, dengan kekuatan lebih kurang 40 orang sukarelawan. Insyallah akan berterusan lagi sampai hari Ahad. Doakan kami dipermudahkanNya segala urusan.

Kebanyakannya sudah biasa dengan banjir, tetapi kali ini luar biasa. Ada yang sampai tenggelam tingkat 1 rumah. Barang-barang & perabot yang telah ditinggikan semuanya habis rosak.

Pilu hati kami, melihat wajah-wajah mangsa, terutama yang warga emas, terpaksa melupuskan kesemua harta-harta mereka. Kosong rumah. Kami terfikir, bagaimana mereka akan teruskan kehidupan mereka?

Mungkin apa yang kami mampu lakukan tidak seberapa, hanya memberikan sumbangan wang & tenaga untuk membersihkan rumah mangsa-mangsa sahaja, namun cukup untuk meringankan beban mereka sekeluarga. Selebihnya, kebergantungan kepada Allah, yang akan mengubati hati-hati mereka.

Doa adalah senjata bagi setiap orang yang beriman. Justeru mari kita sama-sama berdoa, agar Allah ringankan beban mereka, dan Allah gantikan apa yang hilang, dengan sesuatu yang lebih baik. Insyallah. Amin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top